Natureherbs

by farabu


Leave a comment

HOME SPA DENGAN MARINE ESSENCE!

Assalamualaikum! lama rasa nya tak post new entry kan? biasa la ada je few things yang nak kena settle, jadi housewife ni bukan dok lepak je kan+dgn ammar yang baru je baik demam alhamdulillah. Nowadays memang tengah musim panas ya amat k u ols. So make sure keep yourself hydrated, minum la air sebanyak2 nya!

Today i ols nak share mengenai range produk Marine Essence (ME), from head to toe. Ibarat pergi ke Spa je, produk2 ME ni terdiri dari sumber2 semulajadi yang terbaik sahaja dihasilkan, dan yang paling best…bau dia…fuhhhh mengancam! segar sangat2 dan bila mandi tu rasa tak nak keluar bilik air, lagi2 time musim2 panas ni… Ok Marine Essence ada 4 produk :

  • Marine Essence Bodywash RM38
  • Marine Essence Beauty Bar RM120 (3 BIJI SABUN)
  • Marine Essence Shampoo RM38
  • Marine Essence Toothpaste RM22

 

RANGE MARINE ESSENCE

12674531_590948051062728_1539685309_n

FUNGSI & KEBERKESANAN PRODUK MARINE ESSENCE

✔ Hilangkan parut di badan dan muka
✔ Hilangkan hitam celah badan
✔ Hilang bau badan
✔ Hilangkan jerawat badan dan muka
✔ Kulit lebih lembap & tidak berminyak
✔ Hilangkan gatal kulit & kulit sensitif serta penyakit kulit
✔ Hilangkan penyakit eczema
✔ Cerahkan kulit muka & seluruh badan

 

KANDUNGAN YANG TERDAPAT DALAM PRODUK MARINE ESSENCE :

Garam Buluh
– Sumber kaya dengan mineral dan antioksidan untuk kulit.
– Anti-bakteria, anti-alergi, anti-keradangan.

Pheno-SFE TM (Ekstrak The Pu-erh)
– Terkenal dengan antioksidan dan sifat-sifat pemulihan untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit. (Anti penuaan)
– Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dengan menjaganya agar tetap sihat dan muda untuk masa yang lebih lama.

Ekstrak Liquorice
– Mengurangkan perubahan warna kulit dan bintik-bintik hitam.
– Mencerahkan pigmentasi kulit.

Minyak Tea Tree
– Anti-bakteria, anti-kulat.

Vitamin E
– Antioksidan, anti-penuaan.
– Menyembuhkan kulit yang bermasalah dan rosak dengan berkesan.

 

KEBAIKAN UNTUK KELUARGA:

1) Gabungan unik ramuan semulajadi dan botani

  • Mengekalkan kulit kepala dan rambut dengan bersih, sihat dan lembap secara proaktif. Hasilnya rambut anda terasa lembut dan licin.

 

2) Tanpa Sabun

  • Formulasi yang tidak mengeringkan. Lembut untuk kegunaan harian.

 

3) Tanpa Paraben

  • Tidak merengsakan kulit kepala dan rambut.

 

4) Tanpa SLES

  • Tidak merengsakan kulit kepala dan rambut.

 

5) Mineral Yang Bermanfaat

  • Sumber kaya dengan mineral penting untuk menyihatkan dan melindungi kulit kepala dan rambut.

 

6) Anti-Bakteria

  • Membunuh bakteria. Membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala.

 

7) Anti Oksidan Yang Hebat

  • Membantu menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel rambut dan kepala.

 

8) Haruman Aromaterapi Yang Menyegarkan

  • Pengalaman cucian yang menyegarkan.

Kesimpulannya memang tak rugi la nak cuba produk2 dari range Marine Essence ni. In fact i ols and family pun guna, memang fresh sangat!. Kalau ada antara u ols yang berminat boleh PM FARA 013.609.1052 noww nowww..price i ols dah letak kat atas so u ols boleh refer ya? 🙂


Leave a comment

MASALAH SEMBELIT DAN TIPS

sembelit-3

Mesti ramai kan kat luar sana yang pernah mengalami masalah sembelit. Masa tu rasa kalau dalam toilet tu jenuhhh sangat nak ‘settle’ perkara2 yang tertunggak. Ada jugak yang pernah alami seminggu tak dapat buang air besar dengan baik. Stress nya! tapi kenapa benda2 ni jadi? sembelit terjadi kerana terdapat kelainan pada sistem pencernaan di mana seorang manusia (atau mungkin juga pada haiwan ) mengalami pengerasan najis yang berlebihan sehingga sukar untuk dibuang atau dikeluarkan dan boleh menyebabkan kesakitan yang hebat pada penderitanya. Sembelit yang cukup hebat disebut juga dengan obstipasi. Dan obstipasi yang cukup parah boleh menyebabkan kanser usus yang membawa maut bagi penderitanya. Ya Allah ngerinya kan?
Sembelit adalah aduan pada sistem pencernaan yang paling umum dan banyak ditemui di masyarakat luas termasuk di sekitar kita. Bahkan dianggarkan kira-kira 80% manusia pernah mengalami sembelit. Punca2 umum sembelit yang berada disekitar kita antara lain: 
  • Kekurangan cecair badan atau dehidrasi . 
  • Mengalami panas dalam .
  • Stres atau kemurungan dan aktiviti yang cukup padat. 
  • Pengaruh hormon dalam tubuh (contohnya dalam masa haid atau kehamilan).
  • Usus kurang anjal (biasanya kerana sedang dalam masa kehamilan atau usia lanjut).
  • Kelainan anatomi pada sistem pencernaan.
  • Gaya hidup dan pola makan yang kurang teratur (seperti diet yang buruk).
  • Kesan sampingan akibat meminum ubat yang mengandungi banyak kalsium atau aluminium (misalnya ubat antidiare , analgesik , dan antasida ). 
  • Kekurangan pengambilan vitamin C dan kekurangan makanan berserat.
  • Merupakan gejala penyakit (contohnya demam tipus dan hernia ).
  • Sering menahan rangsangan untuk buang air besar dalam jangka masa yang lama.
  • Emosi, kerana orang yang emosi atau cemas ususnya kejang, sehigga pertaltik usus terhenti dan usus besar menyerap kembali cecair najis. Akibatnya najis menjadi semakin keras.
  • Jarang atau kurang bersenam. 
  • Kelebihan pengambilan serat. 
  • Kelebihan memakan daging. Terutamanya daging merah kerana sukar dicerna dan mempunyai banyak zat besi. Besi adalah zat yang membuat pengerasan najis, menjadikan ia berwarna gelap dan hitam. 
  • Dari penyalahgunaan ubat-ubatan, seperti ubat laksatif. Sebagai contoh, penggunaan julap berguna untuk melancarkan gerakan peristaltik. Lama-kelamaan usus menjadi terbiasa dan bergantung pada ubat tersebut, mengakibatkan reaksi usus menjadi lamban, dan menghalang gerak peristaltik mandiri usus.
  • Makanan beku menjimatkan masa dan tenaga tetapi menyebabkan banyak masalah kesihatan. Makanan beku mempunyai serat yang sangat rendah dan banyak bahan pengawet yang boleh mengganggu pergerakan usus. Seperti ais krim yang hampir tak mengandung serat sehingga tidak dapat membantu mengawal pergerakan usus ditambah lagi dengan kandungan gula dan susu di dalamnya boleh mengeraskan najis. 
  • Memakan buah-buahan atau sayur-sayuran tertentu yang dapat memadatkan kotoran secara semula jadi secara berlebihan seperti pisang.

 

Berikut adalah 6 cara untuk merawat sembelit dengan cepat

images

1. Minum dua hingga empat gelas 8oz tambahan air suam apabila sembelit. Jika anda mempunyai sembelit selama beberapa hari, minum 10-20 auns air kosong setiap pagi sejurus selepas bangun tidur. Anda disarankan minum sekurang-kurangnya 10 gelas air kosong suam setiap hari. Air merupakan salah satu cecair yang terbaik yang mencuci bahan buangan dan toksin daripada badan kita. Minuman lain seperti jus dan soda, walaupun mempunyai khasiat tertentu dan semulajadi, ia perlu dikurangkan kerana kemungkinan mempunyai kandungan gula berlebihan atau mungkin menyebabkan sembelit semakin parah.

 

fruit

2. Makan buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain makanan yang mempunyai serat tinggi untuk meningkatkan jumlah pengambilan serat setiap hari. Kita memerlukan sekurang-kurangnya 24-38 gram serat sehari. Sembelit juga adalah berpunca dari pengambilan lemak yang berlebih, gula bertapis dan tenusu yang berlebihan berbanding dengan serat daripada bijirin dan buah-buahan.
Anda juga boleh mengambil suplemen serat selain mendapatkannya dari makanan seharian. Serat tidak boleh dihadamkan oleh enzim di dalam tubuh manusia, jadi ia tidak diserap ke dalam aliran darah. Serat kemudiannya kekal di dalam kolon, di mana ia menyerap air dan melembutkan najis.

Sesetengah makanan tinggi serat termasuk: raspberi, pear, dan epal; pasta gandum (dimasak), barli (masak), dan sekam; kacang berpecah (masak), kacang hitam (dimasak), dan lentil (dimasak); artichokes (dimasak), kacang hijau (dimasak), dan brokoli.

 

coffee-and-breakfast1

3. Pada sesetengah kes, Kopi boleh membantu. Ramai orang menganggap kopi membantu melegakan sembelit dengan cepat. Ini kerana kafein dalam kopi boleh merangsang otot dalam sistem pencernaan dan menyebabkan pergerakan usus.

Namun begitu, kopi juga diuretik di mana ia menyerap kelembapan daripada najis, menjadikan mereka sukar untuk membuang air . Ada sesetengah doktor mengesyorkan mengelakkan minuman diuretik seperti kopi, alkohol, kola, dan teh.

Untuk merawat sembelit, anda disaran makan prun atau minum dua gelas jus prune. Prun sangat tinggi dalam serat dan mengandungi sorbitol, sejenis bahan yang secara semulajadi membantu melegakan sembelit.

 

prunes_plums

4. Sorbitol adalah perangsang kolon ringan yang membantu mengurangkan masa pergerakan najis dan seterusnya mengurangkan risiko sembelit Jika anda tidak suka tekstur atau rasa unik prun, jus prune boleh menjadi alternatif yang lebih sedap.

Prun mempunyai 14.7g daripada sorbitol setiap 100g, manakala jus prun mempunyai 6.1g per 100g. Anda perlu minum lebih banyak jus prun untuk mencapai manfaat kesihatan yang sama kerana jus prun berasal dari prun yang telah diproses dan mengandungi gula tambahan.

 

exercise

5. Bersenam. Jika boleh, elakkan duduk yang lama dan sentiasa pastikan tubuh anda aktif bergerak. Membuat senaman yang agak berat adalah digalakkan, tetapi 30 minit berjalan kaki boleh membantu menggalakkan pergerakan usus yang sihat.

 

posisi BAB

6. Mencangkung dalam kedudukan yang semula jadi untuk memudahkan perkumuhan. Tinggikan lutut anda ketika anda duduk membuang di atas tandas.

 

Antara solution lain yang i ols suggest adalah dengan pengambilan Mineral Coffee dan Garlic Tablet. Kedua2 produk hebat ni mempunyai agne anti oksida yang baik untuk penghadaman badan kita. So lepas ni tak perlu nak risau2 dengan masalah sembelit dan sewaktu dengannya. In fact i ols sendiri dah consume dan memang sangat la senang bila bab membuang air besar ni, bila badan ringan rasa pun fresh je nak buat aktiviti harian kan ? Bagi yang berminat boleh PM FARA terus ke 013.609.1052 hari ni! Harga untuk Mineral Coffee (20 sachet) ialah RM30 dan Garlic Tablet(80biji) RM44. Oh saya ada share tentang dua produk ni di previous entry Set Kurus Bajet. So nanti u ols boleh baca balik 🙂

12804003_577677189056481_802459064_n